dikendalikan oleh TM
MCMC
PI1M
Bukit Tandak, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai Pi1M
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim Pi1M
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Maghi Nego Caro Baru (Kursus E-Usahawan Digital 2016)

10 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia – Kursus E-Usahawan Digital telah diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi keupayaan staff Pusat Internet 1 Malaysia untuk membantu komuniti setempat dalam perniagaan atas talian (Online) khususnya. Kursus ini bermula jam 9.30 pagi dan telah berakhir pada jam 5.00 petang.

Khusus ini telah berlansung selama 2 hari iaitu pada 8 dan 9 April 2016 bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Selising Pasir Puteh. Kursus ini telah diseliakan oleh Pegawai Mdec dan Pensyarah daripada Keusahawanan MARA dengan penglibatan 20 orang peserta yang terdiri daripada staff Pusat Internet 1 Malaysia Kelantan.

Antara intipati yang sepanjang kursus berlangsung adalah kaedah meningkatkan jualan menggunakan media sosial seperti Facebook, Whatapps, Instagram dan penggunaan capaian Google untuk meraih sasaran pelanggan. Kursus ini banyak memberi manfaat kepada peserta dan sekaligus dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka dimasa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.